TABUNG BANTUAN KEMANUSIAAN GAZA
Serangan berterusan dari Israel sejak 18 Mac 2025, telah mencetuskan pelbagai musibah dan mengakibatkan lebih daripada 400 kematian, termasuk ramai wanita dan kanak-kanak. Walaupun gencatan senjata telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak pada awal Januari 2025, kesengsaraan penduduk Gaza semakin meruncing menjadikannya situasi ini adalah yang terburuk sejak perang bermula pada 2023.
Genosid di Gaza telah menyebabkan kerosakan besar-besaran di wilayah Palestin itu. Menurut data Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (UNOCHA), setakat 15 Januari 2025 serangan Israel telah menyebabkan 92% rumah kediaman, 88% sekolah, 68% jalan raya dan 68% tanah pertanian musnah sementara hanya 50% hospital sahaja yang dapat berfungsi dengan baik.
Kini, sudah tiba masa untuk kita berhenti Bersama bangkit membantu untuk membina semula Gaza.
Ayuh, kita bantu Bina Semula Gaza!
![]()