Majlis Iftar Bersama Jemaah Surau Al – Jam’iyyah Jalan Ayer Panas Setapak

April 24, 2025

Tarikh 27 Mac 2025 merupakan tarikh yang amat istimewa buat Yayasan Cinta Kasih apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya (KPE) En Roselan, isteri dan kakitangan yayasan ini telah berpeluang menghadiri majlis Iftar bersama-sama jemaah Surau Jumaat Al – Jam’iyyah Jalan Ayer Panas Setapak Kuala Lumpur.

En Roselan dan staf Yayasan juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah, disusuli majlis penyampaian bantuan Hari Raya (2025) kepada golongan Asnaf, Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal di sekitar qariah tersebut.

Apabila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya. (Hadis Riwayat Muslim)Apabila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya. (Hadis Riwayat Muslim)